Sunday 3 March 2013

Be Grateful and thankful !!


"Wahai Daud, Katakanlah kepada orang2 yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatiKu" [Jami' Nafahat, halaman 336]


“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”


“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”




"Wah Best juga jadi orang tu , sudah lah cantik/hensem , kaya lagi . "Mesti ramai yang pernah terfikir dan cakap benda cam nie kan . Tipu lah kalau nda pernah langsung .Tapi kita sedarkah yang cantik dan kaya tu cuma sementara . Ada yg hensem/cantik tapi sakit. Kenapa terlalu sedikit kita bersyukur? 





 “Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”. Az-Zukhruf: 32 



"Kenapa bah aq ni nda kaya2. Sdh lama kerja masih lagi sama ! aishhh !" Paling menang nie ayat . Semua orang blame pada takdir .. Kita lupa dalam kita asyik kejar kekayaan duniaaa . Ada kita try and cuba kejar kekayaan akhirat ??. Percayalah kawan2 kekayaan akhirat long lasting !! . Mengapa kita terlalu jarang bersyukur?






Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.



"Apa bah lauk nie . Nda sedap langsung .. Masak yang lagi sedap boleh ?"Ni pun slalu dengar juga lah . Aq pun pernah cakap juga. hehe
Ini lah masalah manusia zaman sekarang, bila ada makanan, membazir, bila tak ada makanan, mulalah membebel.. Sedar atau tidak, ramaiiiiiiiiiiii lagi kat luar sana yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"? Bersyukurlah.. Bersyukurlah... Kita masih diberi rezeki yang melimpah ruah...



Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.”



Jika bukan kerana ALLAH yang Maha Pemurah, sudah tentu kita tidak mampu untuk mengecapi walaupun setitis dari nikmatNya. Tidak mampu untuk kita menghirup nafas walaupun sedetik cuma. 
Mari kita renung sejenak, apakah saudara seislam kita yang lain raasa apa yg kita rasa selama ini ?




Sudah pasti kita tidak dapat membandingkan anugerahNya tidak terkira banyaknya nikmat yang kita perolehi berbanding sakit musibah sedikit yang Allah berikan…
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit"


Apakah golongan yang sedikit itu ?

“Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)

InsyaAllah.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang sedikit.. Amin...


Means See You in Chinyanja language at Zambia

No comments:

Post a Comment